Blogsite Informasi Transparansi

Tafsir Sifat Wanita Ketika Ia Berjalan

Tafsir Sifat Wanita Ketika Ia Berjalan

Berikut merupakan perihal tentang bagaimana menilai seorang wanita dari kepribadian nya, dianatara nya bagaimana ia berjalan sebagai mana mestinya :
  • Suka Menunduk
Wanita seperti ini katanya memiliki sifat yang tertutup. Dia hanya akan berbicara dengan orang-orang dekatnya saja dan boleh dipercayai. Wanita seperti ini biasanya sukar untuk ditaklukan hatinya. Di samping sikapnya yang dingin, wanita seperti ini tidak peduli dengan percintaan. Namun, jika ada lelaki yang banyak lelaki yang ingin menawan hatinya, dan bila ia berhasil maka InsyaAllah lelaki itu akan mendapatkan kebahagiaan. Dikeranakan, wanita seperti ini sangat setia, dan dia tidak akan mengkhianati lelaki yang dicintainya.
  • Seperti Tidak Memijak Tanah
Golongan wanita yang jalannya berginjat, wanita ini kononnya bersifat tidak jujur, mulutnya lebar dan menyinggung perasaan orang lain terutamanya ketika berbicara. Dia juga dikatakan terkenal dengan sikap egonya. Dan yang lebih parah lagi, wanita ini biasanya seorang yang boros tanpa berfikir sebelum berbelanja. Tapi jangan berkecil hati, kerana wanita seperti ini biasanya menjadi pujaan banyak lelaki.

  • Sering Melirik Ke Kanan Dan Ke Kiri
Wanita yang berjalan seperti ini biasanya pandai menyimpan rahasia. Walaupun banyak yang menganggap wanita yang berjalan seperti ini tidak jujur, suka menipu teman sendiri, dan merugikan teman bicaranya. Namun, banyak lelaki yang berusaha untuk menakluk hatinya. Kononnya wanita seperti ini senang diatur dan diuruskan.

  • Berjalan Menatap Lurus Ke Depan
Mereka yang berjalan seperti ini biasanya memiliki pendirian yang teguh, dan bukannya mudah hendak menaklukkan imannya. Jangan sekali-sekali menentang apa yang pernah dikatakan oleh nya, jika anda tidak mahu mendengar dia berbicara panjang lebar. Meskipun pendiriannya teguh, tapi dia selalu berselisih pendapat. Jadi tak heran jikalau wanita seperti ini hanya mahu berbicara dengan orang yang berpendidikan atau berilmu.

  • Badan Bergerak ke Kanan dan Kiri
Wanita yang berjalan dengan gaya yang sedemikian selalunya bersikap tidak mempermasalahkan atau tidak mahu tahu keadaan sekitar. Apa pun masalah yang ada dihadapannya, dia menganggap itu sebagai perkara biasa.Dengan kata lain masalah itu sebenarnya agak rumit dan memerlukan kebijaksanaan untuk diselesaikan. Kerana sifatnya yang tidak mau ambil pusing, dan banyak persoalan yang akhirnya tidak dapat diselesaikan dan akibatnya merugikan dirinya sendiri.

  • Badan Nampak Tegak
Wanita ini tegas dalam menentukan sesuatu. Dia tidak mahu urusan peribadinya dicampur oleh orang lain. Gaya bicaranya selalu serius seperti ingin menunjukkan dia memiliki pendirian teguh. Dan yang menarik tentang wanita ini, dia bertanggungjawap terhadap apa yang pernah dilakukannya. Dia menyenangi lelaki yang berwibawa tanpa menghilangkan sifat-sifat romantiknya.

  • Berjalan seperti Jerafah
Maksudnya, ketika melangkahkan kaki, badannya kelihatan bergerak ke depan dan ke belakang. Wanita jenis ini sangat lemah perasaannya. Dia merupakan wanita yang mudah tersinggung. Jadi, jika berbicara dengan wanita seperti ini sedikit banyaknya hendaklah menjaga perasaannya agar tidak tersinggung, kerana wanita ini mudah meneteskan air mata.

Perihal di atas bukan lah semata-mata ketentuan nya, ada baik nya jika anda merujuk ke tempat-tempat lain. Mungkin ini merupakan sebuah peringatan kepada para wanita ketika berjalan agar lebih sopan dengan kesederhanaan nya, atau sebagaimana mestinya. Sekian....,Wallahualam.



share this article to: Facebook Twitter Google+ Linkedin Technorati Digg
Posted by Unknown, Published at 9/09/2012 10:50:00 PM and have 0 komentar

Tidak ada komentar:

Posting Komentar

= Please Kawan, Jangan OOT Komentarnya.
= Mohon Jangan Semat Link Url Atau Sejenis Nya.
= Follow Me | FollBack